Assalam...
Alhamdulillah pada 24hb Disember 2011 yang lepas, impian saya untuk mengendalikan kelas kraf felt telah menjadi kenyataan. Ribuan terima kasih kepada Ida (dan suami), sahabat lama saya yang mencetuskan idea dan merelisasikan impian saya ini..Walaupun pada mulanya kelas ini yg dijadualkan pada 17hb hampir-hampir dibatalkan berikutan kurang mendapat sambutan penyertaan, tapi sekali lagi Alhamdullillah, penundaan tarikh nampaknya berjaya menarik minat ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka. Seramai 9 orang peserta telah menjayakan kelas ini. Kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 8 tahun hingga dewasa dan ada yang tidak pernah memegang jarum..Tahniah dan syabas kepada Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra selaku penganjur kerana berjaya memanfaatkan musim cuti sekolah kali ini dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang sangat berfaedah.
Ok...cukup la setakat ini dulu...layan dulu gambar-gambar kat bawah ni, ok....
Korang boleh layan banyak lagi gambar di Facebook saya, Safa MN dan di blog Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar felt kraf yang sangat kiut ini bolehla email kpd syaqiscrafts@gmail.com atau pm saya di Facebook ye..








No comments:
Post a Comment