Monday, December 26, 2011

Bengkel Kraf Felt

Assalam...

Alhamdulillah pada 24hb Disember 2011 yang lepas, impian saya untuk mengendalikan kelas kraf felt telah menjadi kenyataan. Ribuan terima kasih kepada Ida (dan suami), sahabat lama saya yang mencetuskan idea dan merelisasikan impian saya ini..Walaupun pada mulanya kelas ini yg dijadualkan pada 17hb hampir-hampir dibatalkan berikutan kurang mendapat sambutan penyertaan, tapi sekali lagi Alhamdullillah, penundaan tarikh nampaknya berjaya menarik minat ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka. Seramai 9 orang peserta telah menjayakan kelas ini. Kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 8 tahun hingga dewasa dan ada yang tidak pernah memegang jarum..Tahniah dan syabas kepada Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra selaku penganjur kerana berjaya memanfaatkan musim cuti sekolah kali ini dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang sangat berfaedah.

Ok...cukup la setakat ini dulu...layan dulu gambar-gambar kat bawah ni, ok....









Korang boleh layan banyak lagi gambar di Facebook saya, Safa MN dan di blog Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar felt kraf yang sangat kiut ini bolehla email kpd syaqiscrafts@gmail.com atau pm saya di Facebook ye.. 

Thursday, December 15, 2011

Order Part 3

Assalam..

   Awal bulan 12 yg lalu, saya sempat menyiapkan order bahagian terakhir untuk tahun ini...kerana bulan 12 ni saya dah setkan untuk berehat bekerja lebih keras kerana banyak program yang dah dirancang sepanjang bulan ini termasuk la program balik kampung, kenduri kahwin, mengendalikan bengkel kraf felt dan program cuti-cuti 1 Malaysia...hehe... Okay tak perlu citer panjang-panjang, korang layan la gambar-gambar tempahan dari Ida kat bawah ni ye...  

bookmarks
Lucky Star
Cottages
Baby Monsters
Mushrooms


Wednesday, November 16, 2011

Kembali Ke Sekolah...

Assalam semua...

Hehe... awal lagi la kalau nak kembali ke sekolah, bukan ke baru start cuti?!....Hmmm...itu pada anak-anak saya la... tapi untuk saya ni lah masanya nak belajar benda-benda baru yang mungkin saya tak tahu dan berjumpa dengan kawan-kawan baru yg sehobi...hehe...

Pada 12-13 Nov yg lalu, saya bertemankan anak sedara saya telah join kelas Felt Kraf anjuran Kolej Komuniti Shah Alam. Tenaga Pengajarnya Cikgu Norlie cute jer orangnye.. & Cikgu Azza... Best sangat2.. Banyak ilmu yang diperolehi dan amat berbaloi la dengan yuran...Tu yg teman sanggup terhegeh-hegeh dari Ipoh ke sana..siap paksa anak buah follow lg..huhu...Terima kasih kpd cikgu-cikgi yang sudi share ilmu dan tips dalam penghasilan kraftangan ni.. Tengok lah ye gelagat makcik-makcik peserta dalam kelas ari tu...sebahagian gambar2 ni ehsan dari blog SekociNorlie

Haha.. ni la kraftangan yang di ajar semasa kelas...
plg last disiapkan.. sbb nak hadiahkan kpd si bongsu sempena besday bulan 12 nnt

Saturday, November 5, 2011

Keychain Nama Lagi....

Encik Ipin minta saya buat keychain nama ni untuk anak-anak dia... Terima kasih ye Ipin atas sokongan anda...hehe....

Anak Ipin ada 3 org jer... yg lg 1 tu gerenti untuk kekasih hati dia..

Thursday, November 3, 2011

Order Part 2

Assalam semua...


Ni bahagian kedua order dari Ida...Thanks kawan...sorry kalau ada yang x memuaskan hati ye tapi harap dia suka dan puas hati la...hehe...


 P/S: Kepada sesape yang berkenan nak order jgn segan-segan email saya atau isi order form kat atas tu ye...hehe

Tuesday, November 1, 2011

PILIHAN WARNA FELT



Ni stok warna felt yang ada kat SyaQis Crafts....korang boleh pilih wane yang korang nak.. Kalau tak nampak codenye., click kat gambar untuk pembesaran ....senang kacang!

Saturday, October 15, 2011

Order dari seorang kawan lama...

Assalam semua...

Syukur Alhamdulillah ada yang tertarik dengan hasil kerja saya...
Terima kasih byk Ida, kerana percaya dan membuka peluang untuk saya menghasilkan lebih banyak lagi produk handmade ni... Aduh! berkobar-kobar semangat saya nak siapkan order ni..hehe... Yang ni Part 1...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...